Followers

Monday, March 22, 2010

dIa kAtA

 SaJaK 
dIa kAtA

Dia kata 
dia kenal semua orang besar
dari menteri hinggalah kepada Menteri Besar. 
Yang dia tak kata
dia kenal mereka
mereka tidak kenal pun dia.

Dia kata

dia pemurah suka bantu orang susah
Cuma dia tak kata masa orang kutip derma 
dia tak pernah ada di rumah.

Walaupun dia tak pernah kata

tapi semua orang kata dia memang peramah
Itu sebab dia suka beri ceramah
Orang berceramah atas pentas
dia ceramah biasanya di luar rumah.’ 


karya Mior 

Sunday, March 21, 2010

WaRkAh bUaT AnA

  

                           wArKah BuAt aNa
Mentari terus menyinari bumi Allah S.W.T  ini tatkala makhluk-makhluknya terlalu asyik  menunaikan amanat yang Maha Esa. Angin –angin sepoi bahasa membelai bumi Makkah Al-Mukarramah tetapi masih terasa bahang sang surianya. Itulah ujian yang Maha Khalik ketika jutaan manusia sedang melunaskan rukun islam ke-lima. Alhamdulillah diucapkan kepada kerajaan Arab Saudi kerana telah menyediakan kemudahan yang amat berguna kepada si pengguna pada musim haji.

“Azam marilah ikut ayah dan ibu bersolat zohor di Masjidil Al-Haram nie. Takut terlepas pula kita berjemaah bersama-sama jemaah yang lain. Besar ganjarannya”, pinta ayahku. “Ayah dan ibu pergilah dahulu. Azam tiba-tiba rasa kurang sihat. Kalau sudah sembuh sikit nanti Azam turun, ya”, jelas ku ketika asyik membelek kitab Al Quran. Kami sekeluarga sebenarnya mengikuti rombongan haji manakala aku hanya menunaikan umrah sahaja yang ditaja oleh syarikat ayah. Aku pun merebahkan tubuhku di katil untuk merehatkan badan yang kurang sihat dan kepenatan ini.
Hatiku tertanya-tanya siapakah lelaki tua yang menyapaku ketika kami berada di Jabal Rahmah pagi tadi. “Anak muda kenapa termenung saja. Ada masalah ke? , Tanya Pakcik Mahmed iaitu  lelaki tua yang telah memperkenalkan dirinya kepada aku.”Tiada apa-apa pakcik “, jelas ku. “Kalau anak ingin memohon jodoh atau memohon keampunan, berdoalah disini kerana disinilah doa kita diperkenankan oleh Allah S.W.T. Pakcik akan berdoa agar anak diberi petunjuk oleh-Nya”. Jelas Pakcik Mahmed. Lelaki tua itu pun pergi meninggalkan aku yang ketika itu keseorangan. Terima kasih, itulah jawapan yang dapat ku ucapkan  kepada lelaki tua itu.
Jodoh?. Adakah perkataan itu akan menghantui fikiran ku kembali?. Setelah kematian Ana iaitu isteri yang paling kucintai bersama anak yang bakal lahir ke dunia ini, hidupku menjadi tidak terurus. Ayah dan ibu runsing akan kondisi aku yang kadangkala bagaikan orang kurang siuman. Bagaimana hendak ku lupa akan paras rupa Ana yang begitu cantik serta budi pekertinya yang luhur yang mana mampu membuat mana-mana jantung jejaka tertawan. Itulah kata orang, kalau dah dapat yang cantik itu jagalah sebaik-baiknya.  Nurul Ana Zaenab, itulah cinta pertama aku dan yang terakhir. Kami hanya diijabkabulkan di masjid yang berwalikan imam dan bersaksikan rakan-rakan karibku kerana percintaan kami ini tidak direstui oleh ayah dan ibu. Mereka menganggap pangkat dan harta menjadi kayu pengukur untuk mencari jodoh.

“ibu dan ayah tidak sesekali mengizinkan Azam mengahwini perempuan yang bukan pilihan kami. Bukankah Maemuna anak Tan Sri Megat Junid telah ibu perkenalkan kepada Azam semasa dinner syarikat ayah tempoh hari. Takkan tak berkenan kut. Cantik apa rupa paras budak tu. Ini pula engkau cari perempuan entah mana asal usul nya.” Jelas ibu dalam keadaan yang marah. “ibu  dan ayah janganlah nak memandai mencari teman hidup Azam. Biarlah Azam sendiri yang mencarinya. Pangkat dan harta semua itu tak penting, ibu ayah!. Yang penting keikhlasan dari hati ke hati itu yang menjadi benteng cinta antara Azam dan Ana. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalang percintaan kami.” Jelasku dengan nada yang kecewa. Aku pun berlalu pergi meninggalkan mereka yang agak terkejut dengan penjelasanku tadi.
“Janganlah berkata begitu pada mereka, bang…merekakan ibu bapa abang, tak baik buat begitu. Ana akan bersabar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati ibu dan ayah abang. Ana tahu yang Ana ni bukan menantu pilihan mereka dan mak dan bapa Ana tidak sekaya keluarga abang…Tapi percayalah bang, Ana boleh lakukannya.” Kata Ana. “Janganlah begitu, Ana. Abang berjanji selagi jasad abang masih bernyawa, selagi itulah abang akan menjaga isteri abang dan anak  kita yang bakal dilahirkan ini.”..jelas ku. Kami mula memandang satu sama lain. Mata bertentang mata. Kedua- duanya kini didalam pelukan yang penuh dengan kemesraan seperti kasihnya Adam kepada Hawa. Keadaan menjadi sunyi….
“Ibu haramkan kau dan anak yang kau kandungkan ini makan rezeki laki aku”, sindir ibu tatkala Ana baru sahaja bergegas turun ke dapur kerana terlewat bangun dari tidur. “Maafkan Ana bu, Ana tak sengaja bangun lewat”, jelas Ana dalam keadaan ketakutan. “Kau ingat laki kau tak ada kat sini kau boleh duduk goyang kaki saje. Tak sedar dek untung. Dahla hidup menumpang di rumah orang.kau nie memang bodoh!!. Bentak ibu kepada Ana. Ana hanya tunduk sahaja. Ketika Ana hendak membasuh pinggan tiba-tiba Ana jatuh tersungkur lalu kuat manakala kepalanya terhantuk di bucu meja. Ana pun tidak sedarkan diri.
Sementara didalam kapal terbang, aku terasa tidak sabar hendak pulang ke rumah untuk menemui isteri dan anak yang bakal dilahirkan selepas menghadiri kursus di Jerman. Beberapa bungkusan hadiah  yang aku beli khas buat Ana. Tiba-tiba hati ku rasa kurang senang. Wajah Ana sering menjelma difikiranku. Doa sahaja yang dapat menghilangkan keresahan ku.

Setelah tiba di KLIA aku pun bergegas pulang kerana tidak sabar melepaskan rindu yang teramat sangat terhadap Ana. Setelah sampai di perkarangan rumah, aku merasa hairan kerana begitu ramai orang yang hadir ke rumah. Bacaan Yaasiin kedengaran di telingaku. Tanpa melengahkan masa lagi aku terus mencari ibu. Aku melihat ibu duduk sambil menangis teresak-esak. “Bu, kenapa ramai orang yang datang ke rumah. Ada kenduri   ke ibu?.” Tanya ku kepada ibu. Tetapi ibu hanya mendiamkan diri sahaja. Aku pun terus mendapatkan ayah yang ketika itu berada bersama tetamu yang hadir. “Ayah kenapa semua orang berasa sedih je. Mana isteri Azam?. Pinta ku supaya ayah menerangkan sesuatu kepada ku. “Sabarlah nak, isteri kau dan anak dalam kandungan telah pergi menyahut seruan Ilahi. Ana sudah meninggal dunia siang tadi. Dia terjatuh di dapur. Pendarahan yang banyak di kepala dan keguguran anak kau yang menyebabkan arwah gagal diselamatkan oleh doktor”. Jelas ayah. Selepas mendengar penjelasan ayah aku terus rebah dan penglihatan aku mulai kelam…
“Maafkan ibu Azam. Sebenarnya ibu yang menyebabkan Ana meninggal dunia. Pada masa itu ibu sengaja melicinkan lantai dapur ketika Ana berada di dapur. Maafkan ibu. Pada masa itu ibu hilang pertimbangan. Ibu menyesal dengan perbuatan ibu tu Azam. Ibu bertaubat yang ibu tidak akan mengulanginya lagi”. Terang ibu kepada ku sambil teresak-esak. “ Bertaubat?. Dengan bertaubat pun Ana takkan kembali lagi tau ibu. Sanggup ibu melakukan perkara sebegini. Janganlah ibu meminta maaf kepada Azam tetapi kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun bu…” jelas ku dengan nada yang kecewa ….
Walaupun sudah 4 bulan Ana yang kucintai telah meninggalkan ku, keadaan ku menjadi semakin tidak terurus. Ibu dan ayah menjadi bimbang akan keadaan ku lalu mereka bercadang untuk membawa aku pergi bercuti. Aku meminta supaya pergi menunaikan umrah tatkala ibu dan ayah pergi menunaikan fardhu haji..
Tatkala berada di bumi Allah, aku sempat menulis warkah ini khas buat isteriku yang ku cintai iaitu Nurul Ana Zaenab walaupun dia telah dipanggil oleh Ilahi sebelum aku. Dengan warkah ini sahajalah dapat aku luah kan perasaanku terhadap Ana dan berharap Ana dan anak kami dapat menanti ketibaanku di Al-Jannah …….wassalam
TAMAT



THIS BLOG WAS VIEWED BY TANPA NAMA