Followers

Sunday, August 7, 2011

autentik dan total

Faham ataupun sekadar tuntutan. menghayati bait bait kalam Allah. solat.suatu kewajipan bagi aku mahupun kamu. antara buat. antara tidak.mengikut nafsu kemalasan dan kerajinan.mungkin.bulan ramadhan baru mahu buat.mungkin.tapi tidak bagi aku.hari hari mendatang adalah sama sahaja.


keresahan hati mulai luntur.


Alhamdulillah. keberkatan Ramadhan.



selesai menunaikan yang wajib. termenung di jendela.


Cinta. perkataan yang autentik bagi aku mahupun makhluk semesta alam.cinta aku cinta total. ya. aku tidak pernah cinta pada kaum hawa.belum ada jodoh.mungkin.seperti kata umi.jodoh terletak ditangan Yang Khalik.tapi aku harus berusaha.semuanya bergantung pada aku. malas rasanya. ketawa keseorangan.gila barangkali. 

perasaan cinta aku datang bila waktu persekolahan.mengimbau.memori lama yang sudah berhabuk. kawan kawan lain sibuk dengan cinta monyet. cinta beruk. aku hanya cinta jauh. maksud?. hanya suka dari jarak jauh saja. bila bibir mahu meluahkan perasaan. bisu. kaku.seperti mayat hidup.bodoh.tolol aku. mungkin tidak ada keberanian lagi. sampai bila harus ada perasaan takut.bila bila.

lupakan pada cinta sebentar. boring.

tamat.


ketawa lagi.


mungkin ada yang perasan dengan penuh berperasaan penulisan aku sudah beralih arah. mungkin. bukan selamanya. bukan total. hanya ingin bertukar angin. angin baik.aku tidak akan mengubah sejarah penulisan aku. hanya untuk suka suka. jika ada persamaan dengan blogger yang lain. ianya satu kebetulan.sumpah tidak menciplak.ini autentik. asli. bodohlah aku jika meniru orang lain. akan terpalit hitam sejarah penulisan aku. tidak mungkin berlaku. tidak.


rindu untuk bersastera. 



banyak benda mahu lakukan pada setiap kali hari isnin.ketua bagi hari.jumaat penghulu segala hari. belajar-assignment-test-puasa.bebanan seorang pelajar.termasuk aku.lumrah hidup. pasrah.terpaksa hadapi dengan penuh keikhlasan.tidak ikhlas. sumpah tidak akan berjaya total.





p/s: kelas pada waktu pagi adalah suatu penyiksaan tapi penuh dengan keberkatan.








No comments:

THIS BLOG WAS VIEWED BY TANPA NAMA