Kau tidak perlu berkata KENAPA SAYA? tapi kau perlu bersyukur kerana ALLAH masih sayang kat kau!!!!
entry kau yang biasanya kocak,ceria dan penuh kebahagian mahupun bersifat keislaman bertukar menjadi cerita yang membuat aku sanggup menetes air mata .Rasa sedih,pilu menyeruak masuk kedalam rongga dada aku yang sempit ini .Banyak cerita telah kudengar,banyak entry tekal aku telaah,tapi ini antara satu-satunya entry yang membuat aku sangat bersedih.
teman, aku tahu kesedihan yang kamu rasakan, beribu-ribu pedih dari apa yang aku rasakan.Semua yang aku tulis disini,bukan untuk membongkar rahasia manis kau,tapi ingin mengabdikan ceritamu,dalam tinta religi kehidupanku.Dan kuharap ini satu-satunya entry aku untuk kau teman...
hati aku sayu dan luluh tatkala menbaca entri kawan aku yang bernama FARID YUSOP
mahu dikatakan dia seorang kawan aku tp aku xpernah anggap dia sebagai kawan..aku anggap dia sebagai teman...yelah..seperti korang tau aku seorang insan yang amat menyayangi teman teman nya..walaupun kau tidak aku kenal tapi aku tetap sayang korang..bukan aku hendak membangga diri tapi ini sudah pun realiti yang telah diberikan oleh SANG PENCIPTA...
mungkin entri kali ini aku agak sedikit keislaman kebauan nya mungkin kerna mahu mengikut nada nada dan suasana pemahaman penulisan aku kali ini...
kau bercerita tentang kehidupan engkau..mengenai engkau..dan kau sering mempersoalkannya...ye teman..aku paham situasi kehidupan kau dimana kau sudah pun hilang kedua ibu bapa mu..kehilangan mereka ibarat sudah kiamat dunia kecil ini..tapi kawan ingatlah ALLAH AZZA WAJALLAH itu tetap ada....DIA senantiasa menemani kita...kita tidak akan keseorang..kita tidak akan merangkak rangkak didalam kegelapan..percayalah teman...
kau pedulikan lah apa yang orang lain persoalan kan kau....kau pekakkan lah telinga kau..kau butakanlah mata kau untuk orang orang yang asyik tidak mengerti kehidupan kau..jika kau ingat aku pun pernah mempersoalkan ibu bapa kau..aku mintak maaf sangat sangat..pada masa itu aku tidak tahu yang kau sudah pun tidak berbapa dan beribu...kalau kau nak tahu, sampai sekarang aku berasa berdoa yang amat terhadap kau walaupun kejadian itu tidak kau sangkakan...aku tidak mahu memasuki neraka jahanam hanya kerana mulut ku ini..ya ROBBUL IZZATI ampunkanlah aku dan teman, maafkan lah aku....sesungguhnya aku ini bukan manusia yang sempurna..
untuk pengetahuan kau teman, aku yang duduk berjauhan daripada keluarga juga berasa dan terasa tidak berbapa dan beribu..yelah kadang kadang cemburu jugak tapi bukan cemburu gila kerana ibu bapa teman teman yang lain menghantar n menjemput anak anak mereka dari kampus..tapi aku datang keseorangan..mengheret heret bagasi yang agak berat kesorangan..penat sungguh hisup ini..hendak mengeluh tidak baik pula..alahaiii....hati aku jugak sayu mengenangkan itu..hidup aku pun seperti yatim piatu...yatim piatu engkau jauh beza dari aku...tapi ingatlah kawan kita masih mempunyai orang orang yang senantiasa menyayangi dan menyintai kita...mereka masih hidup dan dengan masih hiduplah kita perlu merangkul semuak detik detik indah ini...percayalah kata kata aku ini teman...
Bila di renung dalam-dalam.. ranting kehidupan itu adalah ujian pahit manis yang kita lalui sepanjang detik usia kita.. Allah pastinya menguji hambaNya yang disayangi.. menguji untuk melihat sejauh mana kita sabar, sejauh mana kita mampu tabah dan bersyukur.. bersyukurlah bila kita terpilih menjadi insan yang untuk diuji.. Besar ganjaran pahala yang menanti.. tapi ada juga yang merengus, menyalahkan takdir bila di uji..
pesanan aku buat kau teman: KAU TIDAK KESEORANGAN KERANA ALLAH ITU
ADA DAN KAMI PUN ADA DISAMPING KAU :)
WASALAM
No comments:
Post a Comment