Followers
Wednesday, August 10, 2011
Baik - baik dan tak - baik
bangun sahaja dari tidur.akal terus ingin bekarya.tidak sabar mahu dikongsikan.kongsi yang mana perlu.untuk melegakan hati ini.mungkin.Aku diam.pandang dijendela yang sedang mengami peralihan malam ke siang.termenung lagi.seperti biasa.Terkenang.terkenangkan sejarah lampau yang tidak berubah.diubah.tidak berubah.titik!.diam merupakan bunyi yang paling tepat untuk telinga aku saat ini.diam yang aku hampir membolehkan mindaku berfikir dan mendengar dengan ligat dan rakus. aku hanya diam di dalam kediaman.
mungkin.
sakit. sudah aku bilang sama kawan kawan semua termasuklah orang yang aku sayang.sakit dimana hanya aku sahaja boleh merasainya.dirasai.siksa.ujian dari Allah.terima dengan redha.aku tidak menyalahkan teman mahupun orang yang aku cintai tapi aku menyalahkan diriku ini kerana sentiasa moody.semestinya. kalian harus mengerti orang yang sakit kondisinya tidak stabil.segala hormon testeron-oxygen segala galanya walaupun aku tidak tahu akan terhasil. noktah.
marah.marah pada diri sendiri.bukan pada awak!.bukan pada teman..sebab saya sangat sayangkan awak dan teman.
sayang.menyayangi.disayangi.itu yang aku perlu dari kamu.mengertilah.mungkin kurangnya kasih sayang dari sekeliling.hanya sayang awak sahaja yang saya perlukan.hurmm..
sedih.seperti dirobek robek hati ini. menyalahkan diri sendiri kerana terlalu beremosi. sedih kerana bersikap dingin terhadap teman teman mahupun awak. jika boleh ditadah kesedihan ini.pasti dapat menutupi bumi ini.perlmbangan yang melampau,
p/s: seribu kemaafan buat orang orang yang saya sayang jika terguris hati dan perasaan kalian... i love u
akal ku ligat lagi untuk berkarya.
jangan paksa aku.
tolong.
mahu istirehatkan minda dan tubuh yang sakit ini.
dengan harapan datang angel yang membawa ubat penyembuhnya.
menanti
terus menanti
aku ingin berkarya untuk diri sendiri.tidak mengejar follower dan tidak mahu dikejar kerana diari ini luahan hati dan kehidupan aku. tidak mahu dikongsi tapi suka melihat orang merasainya.
Tuesday, August 9, 2011
satujarijemari
duajarijemari
tigajarijemari
empatjarijemari
limajarijemari
enamjarijemari
tujuhjarijemari
lapanjarijemari
sembilanjarijemari
sepuluhjarijemari
akutidaksukasubjekekonomi
Monday, August 8, 2011
PUAS PENAD
Penad aku puaskan hati orang, tapi percayalah hasilnya takkan berjaya pun.
lebih lebih lagi orang seperti aku. mana orang percaya.mana orang hormat.
Memang akan ada yang membenci, mengutuk, mencaci, mengherdik, menjeling, menghina, dan lain - lain kata - kata kejam ataupun mudahnya,
negatif . termasuklah isu isu peribadi aku.isu dalam kain aku. kalau tak dapat bertahan, susah nak bertahan. Susah untuk teruskan hari hari mendatang, susah untuk teruskan apa yang dicitakan selama ini,susah untuk minat yang ada.
telan dan senyum sahajalah.biasalah tu.hanya itu yang aku mampu lakukan.
yang penting, aku sudah bekerja keras untuk memuaskan hati kawan kawan yang aku suka. kawan kawan yang aku minat.kawan kawan kita semua.
bila kita dapat satu, mesti akan hilang satu.gerenti punya lah.
nak keluar dari kepompong itu. mestilah kena kerja keras. mestilah kena usaha lebih. barulah selasa nanti.
kalau ada sifat malas .hilang kawan lah jadinya. gerenti. kesunyian.
tapi bila difikirkan kembali.
Mungkin perlu bersunyi sendiri. Yang bunyi syiling pun tak nak. tapi tak perlu sunyi selamanya. gila.
insyaallah.
pulangan yang datang lebih berkat lagi.
p/s: selesai menjalani test global issue. merah sudah lali. tapi merah itu tidak akan kekal lama sebab biru ataupun hitam berlumba lumba mengambil tempat..hahahaha
Sunday, August 7, 2011
autentik dan total
Faham ataupun sekadar tuntutan. menghayati bait bait kalam Allah. solat.suatu kewajipan bagi aku mahupun kamu. antara buat. antara tidak.mengikut nafsu kemalasan dan kerajinan.mungkin.bulan ramadhan baru mahu buat.mungkin.tapi tidak bagi aku.hari hari mendatang adalah sama sahaja.
keresahan hati mulai luntur.
Alhamdulillah. keberkatan Ramadhan.
selesai menunaikan yang wajib. termenung di jendela.
Cinta. perkataan yang autentik bagi aku mahupun makhluk semesta alam.cinta aku cinta total. ya. aku tidak pernah cinta pada kaum hawa.belum ada jodoh.mungkin.seperti kata umi.jodoh terletak ditangan Yang Khalik.tapi aku harus berusaha.semuanya bergantung pada aku. malas rasanya. ketawa keseorangan.gila barangkali.
perasaan cinta aku datang bila waktu persekolahan.mengimbau.memori lama yang sudah berhabuk. kawan kawan lain sibuk dengan cinta monyet. cinta beruk. aku hanya cinta jauh. maksud?. hanya suka dari jarak jauh saja. bila bibir mahu meluahkan perasaan. bisu. kaku.seperti mayat hidup.bodoh.tolol aku. mungkin tidak ada keberanian lagi. sampai bila harus ada perasaan takut.bila bila.
lupakan pada cinta sebentar. boring.
tamat.
ketawa lagi.
mungkin ada yang perasan dengan penuh berperasaan penulisan aku sudah beralih arah. mungkin. bukan selamanya. bukan total. hanya ingin bertukar angin. angin baik.aku tidak akan mengubah sejarah penulisan aku. hanya untuk suka suka. jika ada persamaan dengan blogger yang lain. ianya satu kebetulan.sumpah tidak menciplak.ini autentik. asli. bodohlah aku jika meniru orang lain. akan terpalit hitam sejarah penulisan aku. tidak mungkin berlaku. tidak.
rindu untuk bersastera.
banyak benda mahu lakukan pada setiap kali hari isnin.ketua bagi hari.jumaat penghulu segala hari. belajar-assignment-test-puasa.bebanan seorang pelajar.termasuk aku.lumrah hidup. pasrah.terpaksa hadapi dengan penuh keikhlasan.tidak ikhlas. sumpah tidak akan berjaya total.
p/s: kelas pada waktu pagi adalah suatu penyiksaan tapi penuh dengan keberkatan.
HATI menjadi RESAH
bila matahari beransur pulang. bulan pula datang. masalahnya bulan tidak kelihatan. hujan kebarangkalian.
mungkin. kuasa tuhan tiada tandingan. siapa boleh lawan.
geli hati dibuatnya apabila terdengar lagu raya dipasang. belum raya. tapi sudah ada spiritnya. terima kasih pada si Pemutar lagu raya. dapat juga mengimbau memori dirumah.
aku resah. keresahan sungguh hati ini. nak dikatakan demam. tidak. mungkin sesuatu terjadi. jauhkanlah malapetaka celaka itu. amin. suara suara yang terngiang di saraf otak aku hanya lah resah. menjadikan aku tidak duduk senang. resah di hati. hurmm.
merenung dihadapan komputer riba. termenung. termangu. seperti pungguk rindukan bulan. aku bukan seperti itu.
resaH menjadi tebal.dengan fikiran yang komeng . leper. mungkin aku resah pada masalah kesempurnaan aku, resah dengan pergaulan antara manusia di dunia ini, resah dengan tuntutan agama. mungkin. resah pada jawapan jawapan yang ada pada diriku yang sampai sekarang tidak ada jawaban nya.
bila mengenang kembali keresahan itu. aku menjadi sedih. hendak menyalahkan tuhan. kelak neraka jahanam tempat aku. sedih. aku menjadi sedih. sedih mengenangkan perbuatan baik-jahat yang aku lakukan. manusia biasa. tidak sempurna .jawapan yang tolol bagi aku. inilah diri aku.diri yang penuh dengan drama telenovela kepalsuan.
resah hati menjelma lagi
aku harap resah di hati hilang dengan tiba tiba. harapnya. kerana aku mahupun kau tidak pasti apa yang akan terjadi di masa hadapan.esok.lusa.entahlah.
doa.banyakkan doa.itu pesana umi. jika resah yang di Atas ada.
Saturday, August 6, 2011
AIR MATA KEINSAFAN
Ramadhan datang lagi buat umat Islam yang masih di beri peluang menikmatinya. Untuk tazkirah kali ini, biarlah dipermulaan Ramadhan kita tumpu kepada muhasabah diri, menginsafi diri dan memperbetulkan amal kita. Sama-sama kita renungi artikel ini yang mana mungkin membantu kita menghayati Ramadhan atau Ramadhan dan artikel ini membantu kita memperbaiki diri kita untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelumnya:
Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda JayaAir mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi duniaDUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.Orang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah semata-mata.Menangis adalah suatu ungkapan perasaan normal pada diri manusia. Biasanya manusia menangis atas sebab tertentu. Mungkin berduka kerana sudah kembali kepada Allah seseorang yang mereka kasihi. Kerana rindu yang menyeksa kepada orang disayangi.Begitu juga orang akan menangis apabila menahan sakit, tidak kira sakit kerana dilukai perasaannya ataupun sakit pada zahir tubuh badannya. Orang akan menangis apabila kehilangan harta, diseksa dan dizalimi, diusir atau dihina peribadinya dan dimalukan di khalayak ramai.Menurut al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)Tangisan itu mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah. Saidatina Aisyah Ummul Mukminin menangis ketika membaca ayat al-Quran dalam sembahyangnya, yang bermaksud:“Maka Allah memberi kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.” (Surah al-Tur, ayat 27)Dan menangis pula ketika membaca ayat Allah yang bermaksud:“Jika Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah, ayat 118)Saidina Umar al-Khatab berkata: “Seandainya ada seruan dari langit yang mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya kalian semua masuk syurga, kecuali seorang. Tentulah aku amat takut kalaulah orang itu adalah diriku.” Maka beliau pun teresak-esak demi membayangkan kengerian peristiwa itu.Saidina Ali bin Abi Talib berkata: “Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai.”Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Aku belum pernah melihat sesuatu yang boleh menyebabkan orang yang tidur terbangun lantas lari daripada satu ancaman seperti ancaman neraka.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)Malam yang panjang itu sebenarnya ada bahagian untuk melembutkan hati, ada ruang mengadu kepada Allah, ada peluang mengetuk pintu maghfirah-Nya, ada kesempatan meminta perlindungan daripada azab neraka. Tetapi manusia yang lalai sudah melepaskan peluang keemasan itu untuk sekadar menikmati mimpi yang sebenarnya tidak dapat memuaskan hati.Untuk mencapai darjat iman yang tinggi seperti sahabat Rasulullah SAW, tentu banyak rintangan yang harus dihadapi. Malas dan leka dengan permainan serta hiburan membuat hati manusia keras, ditambah lagi kurangnya ilmu, penghayatan mengenai jalan mendekatkan diri kepada Allah.Kesibukan memuaskan nafsu syahwat terlalu mengganggu kekhusyukan hati. Akhirnya kelalaian itu menjadi kebiasaan, bagi yang sudah terbiasa akhirnya bukan menjadi suatu keaiban lagi selepasnya. Semakin lama dirinya semakin tenggelam kealpaan. Bahawa kita perlukan pertolongan Allah kerana hanya Allah yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada kejahatan dirinya sendiri.Allah berfirman menerusi lisan Nabi Yusuf yang bermaksud:“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.” (Surah Yusuf, ayat 53)Apabila nafsu sentiasa menyuruh berbuat maksiat, lalai dan menunda amal maka keraslah hati dan keringlah mata daripada air mata taubat. Jika berdiri untuk sembahyang, akalnya menjelajah hingga ke seluruh ruang pemikiran yang terpendam dalam memorinya. Barang yang hilang pun boleh diingat di manakah tempat menyimpannya.Maka terbukti sembahyangnya kosong, hatinya hampa, fikirannya tidak menumpu kepada kebesaran dan keagungan Allah. Bagaimanakah matanya boleh menangis, hatinya boleh takut dan akalnya boleh tunduk di hadapan Maha Pencipta?Begitu juga ketika membaca ayat al-Quran, ia hanya semata-mata untuk pahala, kerana ilmunya belum sampai kepada penghayatan yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran. Padahal Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Baihaqi daripada Saad bin Abi Waqqash)Rasulullah SAW pernah meminta Abdullah bin Mas’ud untuk membacakan al-Quran kepada Baginda. Beliau membaca awal surah al-Nisa hingga ke ayat 41 dan beliau melihat Rasulullah SAW menitiskan air mata.Abdullah bin al-Syakir berkata:“Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersembahyang, sementara dari dalam tubuhnya terdengar suara seperti air yang mendidih kerana tangisan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)Bagaimana jika air mata tidak juga mahu keluar, puas sudah hati memaksa sedih supaya kekhusyukan boleh singgah, walaupun sekejap. Kesilapan apakah yang dilakukan hamba Allah yang tidak dapat menangis ini?Pertama, kerana ceteknya ilmu sehingga hati dan akalnya tidak dapat meneroka lebih jauh memikirkan keagungan Allah.Kedua, kerana dirinya tidak merasai kesusahan ujian dan musibah, segalanya berjalan dengan aman dan lancar dalam kehidupannya sehari-hari.Ketiga, berlebih-lebihan dalam bergembira, bergurau dan bermain-main. Keempat, kurang muhasabah dan bertafakur melihat kelemahan dan kekurangan diri. Dan yang kelima, berlebihan pula membanggakan amal sehingga mematikan rasa takut kepada Allah.Menangis tidak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah bahkan menangis kerana takut kepada Allah boleh melonjakkan semangat seorang hamba untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya.Bukankah syuhada menumpahkan darahnya kerana meninggikan kalimah Allah, biarlah kita mulakan ia dengan menitiskan air mata kerana Allah, itu saja yang termampu kerana harga setitis air mata itu lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Memang sungguh berbaloi
Semoga kita dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran daripada artikel ini. Sesungguhnya saya seorang yang lemah. Andai terdapat tersalah bicara sepanjang saya menukilkan pendapat saya, saya memohon keampunan dan kemaafan. Semoga Ramadhan ini dapat menjadikan kita umat Islam yang lebih baik daripada sebelumnya.
Selamat menunaikan puasa dan ibadah di bulan Ramadhan!
^_________________^ taxde tajuk
*saje tulis besar besar bg kau baca
TERSENTAP KALI KEDUA
TERASA KALI KEDUA
OMG!!!!!
APA SALAH AKU LAGI SEKALI NI
sila HAMIK perhatiAN NIE....urgent!!! Google Earth: Palestine vs Israel!
PERHATIAN!!!
Ahli2 yg berhormat tolong sebarkan. Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului.. Anda ambil berat kan?
Jom undi Palestin!!!
Cara-caranya :-Pergi ke pautan di bawah.!Selepas itu..,Klik Pada Bendera Palestin daN Tulis perkataan yg Di Bagi..! Pastu vOte..!
http://www.israel-vs-palestine .com/US/EN/vote
Friday, August 5, 2011
BRAND hape NTAH yang SAYA ada KAT dalam ALMARI. baru je KOT selongkar.
Semalam sudah hari ke 5 berbuka puasa lagi. Tapi berbuka puasa berdua duan dengan cik TYWUFITTY saya...jangan jeles uolsss..hahaha. Alhamduliiah rezeki murah ni, boleh lah berbuka puasa sedap sedap setiap kali berbuka puasa dengan cik TYWUFITTY. Lokasi pilihan kat dining HALL Uitm Kuantan jer..tempat yang paling mewah untuk berbuka ..haha (bunyi macam best jer kan tempat tadi). :P
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha MengasihaniDemi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? / (8)
air cendol cik TYWUFITTY :P
lama siot xminum air ni..Laici Kang untuk saya
the Most delicious Karipap..kalah karipap peramu
colet buah..sumpah xsedap :D
kuih pelita ..
ayam goreng kedai Sister meletop nyah!!
sambal sosej..ngee
time time tengah sebuk melantak menu diatas..then cik TYWUFITTY membebel pulak..mati nafsu nak makan...hampeh!!!...dia tanye soalan yang kadang kala susah saya mau jawab lah..bulibahkalawkau..banyak benau ditanyer ea..apa lagi jawab jelah soalan dia even saya pun xsure jawapan tu betul ke x..hahahha..
bila kita cerita pasal HOT nie..kadang kadang sakit kan hati jugak...mana xnyerr dulu xpun telinga saya ni mendengar perkataan nie..then semester ni pulak atleast 24 hours mendengar perkataan HOT..korang ingat telinga haku ni telinga gajah? HAHAHA...yang dasyat tu boleh JELES dengan saya??? WTF? lah... apa kejadahnyer nak menjeles jeles nie...korang je pasan yang saya ni bajet HOT..tapi sumpah demi Allah saya xpernah bajet HOT..maybe just appearence je yang kadang kadang jer menampakkan HOT tue..tapi pada dasarnyer tidak langsung...!!!!...ada sampai orang jeles n sanggup meniru apa yang saya ada..apa nie? wei?...then adA makhluk2 tuhan ni cakap KEHOTTAAN akan terserlah dekat FESBUK bila orang ramai mengLIKE status anda mahupun gambar gambar lucah anda itu!!!...then boleh pulak nak tingkatkan keHOTan dengan mengADD kawan saya...huh???.very de very STUPID and KETOLOLAN lah korang yang berfikir macam tue...taulah masih mentah lagi tapi jangan lah buat perkara macam tue..xsehat tau x...berdosa tau x...p/s: korang korang tu bukan hensem and cantik pun..
kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan pada kita..jangan nak berbangga sangat dengan apa yang kita perolehi ataupun memperolehi..then jangan nak perasaan hanya KAU jer yang HENSOM, CANTIK DAN HOT sebab Allah menciptakan manusia tu dengan sebik baik kejadian..maknenyer semua orang HENSOM, CANTIK dan HOT..ada PAHAM!!!
سُوۡرَةُ التِّین
وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيۡتُونِ (١) وَطُورِ سِينِينَ (٢) وَهَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ ٱلۡأَمِينِ (٣) لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤) ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ (٥) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونٍ۬ (٦) فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعۡدُ بِٱلدِّينِ (٧) أَلَيۡسَ ٱللَّهُ بِأَحۡكَمِ ٱلۡحَـٰكِ
Yang atas ni baru mukadimah cerita....wakluuuuuuuu mukadimah dah tiga jam baca,baru nak cerita tajuk...
Entry saya kali ni hanya nak cakap BRAND pakaian ( maksudnyer seluar n baju lah) Yang ada pada saya.. tu jer..nothing interesting nak di share dengan uolsss tau..b boring sangat sebab xde benda nak dipostkan buat uolsss...
*penad tangan che nak menaip..
Thursday, August 4, 2011
LAKI LAKI, SILA PILIH GADIS ANDA!!!
14 Jenis gadis Melayu di Malaysia
*copy dari orang jerrr
aritu kita cerita pasal lelaki..skang pompuan lak...hehehe...pikir punya pikir, macam mana pulak gadis dan wanita wanita melayu di Malaysia mengikut negeri. Nih sume tak semestinya betul eh. Kalau ada idea lain, sila share.
Gadis/ Wanita Melayu Di Malaysia, mengikut negeri.
Gadis/Wanita Johor
Ok dah start blur. u tengah fikir, sape kawan saya yang dari Johor? wink wink
Gadis/Wanita Selangor
Cool, Gila-gila. Bukan gila.
Gadis/Wanita Kelantan
Cantik. Gossip kuat.
Gadis/Wanita Terengganu
Mula-mula macam pemalu. Lepas tuh, OK lah.
Gadis/Wanita Kedah
Peramah.
Gadis/Wanita Perlis
Sama macam lelaki perlis, tak pernah jumpa (--"), atau saya tak perasan.
Gadis/Wanita Melaka
Outspoken. Cakap je ape yang nak dicakapkan.
Gadis/Wanita Negeri Sembilan
Susah nak agak dorang dari Negeri Sembilan.
Gadis/Wanita Pulau Pinang
Outgoing. Kelakar.
Gadis/Wanita Perak
Selalu baik dengan Gadis/Wanita dari Kedah. Kadang-kadang kelakar.
Gadis/Wanita Sarawak
Cun. Tak banyak cakap.
Gadis/Wanita Sabah
Muka mix sikit. Lagi lah tak banyak cakap.
Gadis/Wanita Pahang
Siapa dari Pahang, korang macam mane eh?
Dan last sekali
Gadis/Wanita Kuala Lumpur
Anda mempunyai self confidence yang tinggi berbanding gadis-gadis negeri lain. Tak pedulik apa orang lain cakap. Lantak lah orang lain tuh. Girl Power.
UPDATE !
Kalau gadis itu asal Kelantan, dan sekarang menetap di Pulau Pinang, maka gadis itu ialah seorang yang Cantik, gosip kuat, dan kelakar. (gabungkan dua sifat gadis setiap negeri, hohoho). Begitu juga kalau gadis itu asal Kedah, dan sekarang menetap di Selangor, maka dia ialah seorang yang peramah dan gila-gila !
Untuk lelaki, kalau nak cari gadis melayu yang sempurna, maka seharusnya gadis itu lahir di Kelantan, kemudian menetap di Pulau Pinang, lepas tuh pindah Kedah. Maka dia seorang yang cantik, kelakar, dan peramah !
Gadis reti masak, negeri mana eh?
Subscribe to:
Posts (Atom)